❦ MenggaLas tugas ❦

Sebuah perjalanan,
Mencari ilmu,
Bukan mudah untuk di tempuhi,
Kadang semangat bagai di pijak-pijak,
Azam menjadi lemah..

Berbekalkan cita-cita,
Serta doa restu dan harapan,
Mereka yang jauh di mata,
Kaki di hayun,
Menuju tempat di mana,
Ilmu di gali..

Bukan mudah,
Untuk menggalas tugas ini,
Tugas bergelar PELAJAR !

Kadang..
24 jam itu bagai tidak mencukupi,
Minggu ini belum berlalu,
Otak sedang binggung memikirkan..
Minggu hadapan.






Untung memiliki keluarga,
Yang sering menjadi pembakar semangat,
Agar ketekunan terus marak,
Menjalani liku-liku ujian perjalanan ini,
Kehidupan seorang perantau bergelar pelajar.


Untung memiliki sahabat,
Yang sentiasa ada bersama,
Meluangkan masa bersama sehari-hari,
Menelah bersama..
Berkongsi cerita suka duka sebagai anak perantau,
Di negeri asing ini .. kau rakan kau jua saudaraku.



Untung memiliki peluang,
Untuk bergelar pelajar,
Berdiri di negeri orang..
Bukan semua insan berpeluang,
Kadang ada..
Dalam usia yang muda,
Membanting tulang mencari sesuap pengisi perut.

Terima kasih ya ALLAH,
Di atas kelebihan ini..
Akan ku tempuh..
Onak dan duri..
Bergelar PELAJAR !

1 comment:

  1. slm kenal.. already follow.. follow me back yer...

    ReplyDelete