++ Kadang Cuak - -

 


Membuka hati untuk menerima bukan lah sesuatu yang mudah,
Bagai memaksa air laut dan air sungai saling bergaul.
Tapi tidak salah mencuba..
Mencuba segala 1001 cara..
Yang salahnya bila berputus asa.

Tapi persoalannya sampai bila kah?
Sampai bila terus memaksa sesuatu yang kita sendiri ketahui amat sukar untuk
di lakukan.
Kesimpulannya, bukan mudah menjadi pengganti bila kita ketahui sendiri ia telah  meninggalkan kesan yang begitu besar dalam diri nya atau lebih tepat hatinya.

Sekeping kertas yang kosong..
Terbang melayang..
Minta di coretkan kisah yang indah..
Memadamkan kisah yang pahit..
Persoalannya, yakin kah akan berjaya menghapus segala duka laranya ?


. : Jeritan tanPa suara :. ☺


   

 Rahsianya hati nya..
Yang dia pendam..
Yang dia simpan..
Yang dia bekukan..
Kini terbongkar..
Dan syukur lah.

Dia nampak kuat..
Dia nampak bersemangat..
Dia mampu memendam seribu 1 luka di hati..
Tapi sayang,
Dia penipu..
Menipu pada diri sendiri..
Kenapa perlu di pendam memakan diri ?
Luahkan sahaja..lepaskan sahaja..
Walau pada alunan ombak..walau pada sang bulan..
Biar tiada balasan, asal kau puas !

Jujur itu sakit pada awalnya, tapi akan beransur lega akhirnya !

kiSah kaSih itu ini ♡ \(•ˆ▿ˆ•)/




 

 
 Hati seperti di pahut..
Untuk mengenang kembali kisah..
kisah-kisah yang melibatkan hati.
Soal hati.

Satu pengalaman kehidupan..
Ia umpama rencah..
Penambah seri duka perjalanan..
Penambah kenangan dan pengalaman.

Yang di inginkan hati..
Biarlah yang kekal..
Kekal sehidup sehati sejiwa serasa..
Tapi kadang, masalah dan dugaan datang menyerang..
Ego mula memuncak , memusnahkan kasih.

Kisah-kisah itu ini tidak akan terpadam..
Tidak akan luput di telan masa..
Walau masih dalam perjalanan mencari perhentian.



Seindah Pelangi (‾⌣‾)♉


  

Hidup ini indah..
Tersangat indah..
Walau pun singkat .

Tapi terkadang , 
Ada indah yang mulanya dengan duka..
Dan ada indah yang hujungnya duka..
Rencah cabaran .

Warna warni kehidupan..
Yang saling melengkapi..
Mencorak seni yang unik..
Tulus dari hati .

* Let go *



Kau ada sewaktu jatuh bangun duka suka ..
Tapi ..
Takut , takut untuk teruskan
Tiada penghujung sangat mengecewakan.
Dan tidak kuat !

Sakit.. kau dapat rasa kah ?
Kecewa.. Kau turut rasa kah ?
Marah.. kau lepaskan dengan aku..
Dan aku telan amarah itu !

Kata benci hati menidakkan..
Kau tahu kah?

Biar pergi .. biar
Biar sakit.. biar
2 hati jatuh tidak sama dengan 10 hati jatuh
Cukup di sini.. cukup !
Biar kebahagian terhenti di sini .

Kadang kita di beri pilihan yang terlalu sukar untuk kita memilih .
Cukup kita tahu deritanya !





Setiap gambar, Ada cerita ! (◑‿◐) ‏



  
Kami suka itu benda yang namanya kamera..
Kami suka itu aktiviti yang namanya Snap..
Dan kami lagi suka mengabadikan kenangan dengan yang namanya sekeping gambar


SEMESTER 1


Menjejakkan kaki ke bumi kenyalang !
Airport International Kuching.
   
Tugu Kuching



















Dataran Masja
















    
               Dari perbezaan rasa..
               Mencari persamaan..
               Dan di simpul dengan ikatan KASIH!
          




SEMESTER 2

@ Taman Sahabat


@ Serikin








@ The Spring

@ Muzium













             Tidak tahu erti bosan,
             Tidak tahu erti benci,
             Walau kadang bersama,
             Ada kata dan laku yang menggiris .




SEMESTER 3 


 

@ Taman Rimba


Makan dan Makan dan Makan !









 Kita membina kenangan bersama,
 Impian bersama,
 Walau cita-cita yang berbeza !









SEMESTER 4





Sewaktu ni..
Kita tidak memijak tanah yang sama..
Tapi masih menjunjung langit yang sama..
Keep N touch 


SEMESTER 5


 




Slumber'z


Hampir sampai ke hujung perantauan
Tiada yang dapat memutuskan ikatan yang terjalin
Tidak bergantung kepada kata - kata nista orang
Tapi bergantung dengan jodoh yang telah tertulis
Perbezaan membuatkan kita saling menghargai ღ ‏

 

(˘˛˘)-----) kOsOng .


Seperti ada sesuatu yang kosong
Yang minta di isi dan ingin terisi
Walau telah ada yang di sisi
Juga ada yang sedang setia ingin mengisi
Persoalan kosong. .

Apa sebenarnya yang di mahu ?
Apa yang sedang di cari ?
Mencari kesempurnaan dalam lakonan ?
Atau mencari keikhlasan dalam kepuraan?

Cuba mencari warna putih dalam tompokan cebisan kertas berwarna hitam !