Kecelaruan

      

Dalam ketidak sedaraan mu..
Kau mengherdik ..
Kau memarahi ..

Suara mu tinggi menunjukkan hati yang ketidak puasan.
Cuma menyuarakan ketidak puasan..
Lantang dalam kawalan.

Dalam ketidak sedaraan mu..
Ada hati yang kecut..
Yang berdebar bak ombak..
Yang sebentar lagi akan ada deraian hujan kuat.

Emosi tidak terkawal..
Di kawal dengan ego..
Fikiran berkeceramuk..

                                         Diam.. cuba mencari konklusi.
                                          Yang tercetus dari kecelaruan.



? PerSoalan


 


 Bila hati tertany-tanya..
Soalan yang hanya tercetus di ruang minda,
Tapi tidak mampu untuk di nyatakan..
Apa kehabisan kata untuk mentafsirkan ?
Atau susunan ayat begitu payah untuk melambangkan apa yang terbuku ?
Atau selayaknya memang untuk di pendam menjadi pekasam?

Bukan semua persoalan mampu di jawab dengan mudah..
Seperti keinginan, tidak semua yang akan tercapai dengan mudah !
Adakala jawapannya seperti melebihi kota minda..
Dan kadang-kala jawapan yang tidak mampu di cernah oleh sang minda.

Apa lebih baik berdiam dan tersenyum..
Tidak perlu mencari atau mengejar setiap jawapan terhadap persoalan..
Setiap keingginan dan harapan yang ingin di kecapi..
Membiarkan semuanya berterbangan..
Bak masa yang tetap berputar, tanpa henti..
Sehingga kita sendiri yang akan lelah dan berhenti..
Bila tiba waktu, tempat dan suasananya nanti.

(っ◕‿◕)っ ♥ Sang pujangga





Kesabarannya tinggi..
Keegoannya selalu rendah..
Katanya penuh nasihat..
Sayangnya begitu menyerlah..
Cemburunya dengan berpadah..
Bahagia dengan keberadaanya, Insan teristimewa

Tiada manusia tanpa kelemahan..
Yang begitu sempurna..
Tapi usahanya menjadi yang terbaik dari yang terbaik..
Jatuh dan bangun bukan lagi menjadi persoalan..

Keberadaan mu di sisi, ku syukuri..
Harapan di hati, biarlah terlaksana segala hajat di hati.






Orang Muda ¸.•♥



Suka Duka..
Sengsara Bahagia..
Nikmat Tuhan buat sang hamba..
Secelik manakah kita menilainya ?

Buat orang muda,
Acara kita masih menunggu puncaknya,
Walau terkadang salah bicara serta tingkah,
Namun Dia tetap cinta,
Walau terkadang sasar kata serta gaya,
Dia tetap menunggu diri berbicara.

Berbicara cinta hanya berdua..
Menangis, megadu, memohon, berbahagia..
Bicara cinta agung yang pasti tiada taranya.

Berbahagia lah orang muda,
Yang datang dan akan pergi,
Hanya di sisi Tuhan yang ESA.




 “Doa adalah senjata orang beriman, tiang agama dan cahaya langit dan bumi."
                                                                                    : Dari Ali bin Abi Thalib ra



 







Madu VS Hempedu (‾ ⌣‾)♉



Hidup ini penuh dengan pilihan..
kanan atau kira..
Atas atau bawah..
Depan atau belakang..
Salah atau betul..
Jujur atau tipu..
Baik atau buruk..
Hitam atau putih..

Perjalan hidup ini adalah takdir..
Dan kita berhak untuk mentadbir..

Bila sampai di persimpangan pilihan..
Fikiran sesak memikirkan keberangkalian - keberangkalian setiap pilihan.
Jatuh dan bangun diri sendiri yang akan kena dan rasa tamparannya.

Telan madu terasa manisnya,
Telan hempedu terasa pahitnya.
 
Semoga kita tidak tersasar dari landasan yang sebenar..
Keep calm & happy with you world  ツ ‏

❦ MenggaLas tugas ❦

Sebuah perjalanan,
Mencari ilmu,
Bukan mudah untuk di tempuhi,
Kadang semangat bagai di pijak-pijak,
Azam menjadi lemah..

Berbekalkan cita-cita,
Serta doa restu dan harapan,
Mereka yang jauh di mata,
Kaki di hayun,
Menuju tempat di mana,
Ilmu di gali..

Bukan mudah,
Untuk menggalas tugas ini,
Tugas bergelar PELAJAR !

Kadang..
24 jam itu bagai tidak mencukupi,
Minggu ini belum berlalu,
Otak sedang binggung memikirkan..
Minggu hadapan.





++ Kadang Cuak - -

 


Membuka hati untuk menerima bukan lah sesuatu yang mudah,
Bagai memaksa air laut dan air sungai saling bergaul.
Tapi tidak salah mencuba..
Mencuba segala 1001 cara..
Yang salahnya bila berputus asa.

Tapi persoalannya sampai bila kah?
Sampai bila terus memaksa sesuatu yang kita sendiri ketahui amat sukar untuk
di lakukan.
Kesimpulannya, bukan mudah menjadi pengganti bila kita ketahui sendiri ia telah  meninggalkan kesan yang begitu besar dalam diri nya atau lebih tepat hatinya.

Sekeping kertas yang kosong..
Terbang melayang..
Minta di coretkan kisah yang indah..
Memadamkan kisah yang pahit..
Persoalannya, yakin kah akan berjaya menghapus segala duka laranya ?


. : Jeritan tanPa suara :. ☺


   

 Rahsianya hati nya..
Yang dia pendam..
Yang dia simpan..
Yang dia bekukan..
Kini terbongkar..
Dan syukur lah.

Dia nampak kuat..
Dia nampak bersemangat..
Dia mampu memendam seribu 1 luka di hati..
Tapi sayang,
Dia penipu..
Menipu pada diri sendiri..
Kenapa perlu di pendam memakan diri ?
Luahkan sahaja..lepaskan sahaja..
Walau pada alunan ombak..walau pada sang bulan..
Biar tiada balasan, asal kau puas !

Jujur itu sakit pada awalnya, tapi akan beransur lega akhirnya !

kiSah kaSih itu ini ♡ \(•ˆ▿ˆ•)/




 

 
 Hati seperti di pahut..
Untuk mengenang kembali kisah..
kisah-kisah yang melibatkan hati.
Soal hati.

Satu pengalaman kehidupan..
Ia umpama rencah..
Penambah seri duka perjalanan..
Penambah kenangan dan pengalaman.

Yang di inginkan hati..
Biarlah yang kekal..
Kekal sehidup sehati sejiwa serasa..
Tapi kadang, masalah dan dugaan datang menyerang..
Ego mula memuncak , memusnahkan kasih.

Kisah-kisah itu ini tidak akan terpadam..
Tidak akan luput di telan masa..
Walau masih dalam perjalanan mencari perhentian.



Seindah Pelangi (‾⌣‾)♉


  

Hidup ini indah..
Tersangat indah..
Walau pun singkat .

Tapi terkadang , 
Ada indah yang mulanya dengan duka..
Dan ada indah yang hujungnya duka..
Rencah cabaran .

Warna warni kehidupan..
Yang saling melengkapi..
Mencorak seni yang unik..
Tulus dari hati .

* Let go *



Kau ada sewaktu jatuh bangun duka suka ..
Tapi ..
Takut , takut untuk teruskan
Tiada penghujung sangat mengecewakan.
Dan tidak kuat !

Sakit.. kau dapat rasa kah ?
Kecewa.. Kau turut rasa kah ?
Marah.. kau lepaskan dengan aku..
Dan aku telan amarah itu !

Kata benci hati menidakkan..
Kau tahu kah?

Biar pergi .. biar
Biar sakit.. biar
2 hati jatuh tidak sama dengan 10 hati jatuh
Cukup di sini.. cukup !
Biar kebahagian terhenti di sini .

Kadang kita di beri pilihan yang terlalu sukar untuk kita memilih .
Cukup kita tahu deritanya !





Setiap gambar, Ada cerita ! (◑‿◐) ‏



  
Kami suka itu benda yang namanya kamera..
Kami suka itu aktiviti yang namanya Snap..
Dan kami lagi suka mengabadikan kenangan dengan yang namanya sekeping gambar


SEMESTER 1


Menjejakkan kaki ke bumi kenyalang !
Airport International Kuching.
   
Tugu Kuching



















Dataran Masja
















    
               Dari perbezaan rasa..
               Mencari persamaan..
               Dan di simpul dengan ikatan KASIH!
          




SEMESTER 2

@ Taman Sahabat


@ Serikin








@ The Spring

@ Muzium













             Tidak tahu erti bosan,
             Tidak tahu erti benci,
             Walau kadang bersama,
             Ada kata dan laku yang menggiris .




SEMESTER 3 


 

@ Taman Rimba


Makan dan Makan dan Makan !









 Kita membina kenangan bersama,
 Impian bersama,
 Walau cita-cita yang berbeza !









SEMESTER 4





Sewaktu ni..
Kita tidak memijak tanah yang sama..
Tapi masih menjunjung langit yang sama..
Keep N touch 


SEMESTER 5


 




Slumber'z


Hampir sampai ke hujung perantauan
Tiada yang dapat memutuskan ikatan yang terjalin
Tidak bergantung kepada kata - kata nista orang
Tapi bergantung dengan jodoh yang telah tertulis
Perbezaan membuatkan kita saling menghargai ღ ‏